Khamis, 23 Jun 2022

Berita Ringkas 

Oleh. Koijul Hairol

PENGGUNA MASIH MEMBISU 

Sejak sebulan lalu ramai pengguna dalam negeri Sabah suka membisu berhubung laporan kenaikan harga barangan namun hanya bercakap bila berdepan dengan individu ahli parti politik berhubung bebanan perbelanjaan tinggi mereka setiap hari. 

Sebaik suara segelintir rakyat diperolehi ahli parti politik tertentu baharu disebarkan pada laman sesawang  yang bebanan kenaikan harga barangan menyusahkan rakyat jelata demi jentera golongan tertentu mendapat pengaruh sokongan moral parti mereka lapor beberapa aktivis masyarakat yang ditemui.

Dalam tinjauan Media Terkini dinegeri Sabah baru baru ini, kebanyakan rakyat yang ditemui sekadar tersenyum ketika ditanya bagaimana kenaikan harga barangan meningkat dinegeri ini, antara lain yang dilihat adalah sebilangan dari mereka sebenarnya bersusun kereta 2 hingga 3 biji kenderaan dihalaman rumah selain dua tiga biji motorsikal membuktikan tahap kemampuan mereka mencukupi  disamping rumah separa batu kediaman mereka.

Berbanding sebilangan penduduk kampung terpencil yang tergolong orang asli Sabahan masih duduk rumah bambu atau papan tanpa sebiji pun motorsikal atau kenderaan namun gagal mendapat bantuan mencukupi dari pihak kerajaan negeri dan persekutuan amnya tegas aktivis masyarakat tempatan menerangkan. 

Sehubungan dengan pendedahan ini kerajaan negeri dan persekutuan amnya turun padang menemui warga kampung yang tiada satu pun kenderaan atau motorsikal disamping rumah bambu atau papan usang bagi menghulur bantuan agar sasaran bantuan tepat sampai kepada penerima sebenar. 

Jangan hanya melihat borang permohonan golongan tertentu tanpa usul periksa perkarangan rumah kediaman sebenar menyebabkan berkereta dan bermotorsikal 2 hingga 3 biji  mendapat bantuan sedangkan majoriti miskin tegar terus tertinggal mendapat bantuan.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan