Sabtu, 18 Jun 2022

Berita Ringkas 

CABAI MELONJAK TINGGI 

Oleh. Helary Sukiono 

Jakarta. Masyarakat berpendapatan rendah gusar dengan kenaikan mendadak harga CABAI mendadak didalam pasaran beberapa minggu lepas. 

Semua jenis CABAI melonjak naik harga umpama harga barang kemas sehingga membebankan masyarakat berpendapatan rendah keluh penduduk tempatan.

Kru Media Terkini dimaklumkan harga Cabai disini mencecah antara RP100.000 hingga RP120.000 sekilogram entah bagaimana lagi hendak memperolehi CABAI ujar penduduk setempat. 


PENGEMIS TIDAK BERHENTI 

Oleh. Gason Dumiri 

Kota Kinabalu. Bandaraya Kota Kinabalu masa kini menjadi sarang pengemis setiap hari tanpa sebarang pengawasan dari pihak berkuasa tempatan. 

Setiap hari pengemis akan memenuhi segenap lorong jalanan tumpuan orang ramai terdiri golongan wanita dan kanak kanak kecil secara beramai ramai dengan bahasa mirip orang luar Sabah jelas penghuni Kota Kinabalu yang ditemui.

Menurut penghuni Kota Kinabalu lagi, pengemis ini mempunyai pengawal dari sudut jauh bagi memerhatikan kehadiran pihak berkuasa tempatan yang membuat rondaan, mana mana pasukan petugas yang membuat rondaan pengemis jalanan pemantau pengemis akan mengarahkan pengemis ini berpindah tempat atau bersembunyi seketika sehingga pihak petugas kerajaan habis buat operasi dalam sejam dua sahaja terang mereka.

Langkah utama mengekang pengemis ini adalah meletak petugas penguatkuasa sepanjang hari dikawasan tumpuan golongan pengemis meraih keuntungan dari orang ramai, selain dari itu kerajaan Sabah perlu menasihati semua orang kota agar tidak memberi bantuan pengemis yang tidak dikenal pasti asal usul mereka demi mengekang perbuatan pengemis jalanan terlibat. 











Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan