Isnin, 27 Jun 2022

PANAS KERUSI PARLIMEN TUARAN 

Oleh. Basron Kirwan 

Tuaran. Sejak beberapa minggu lepas penduduk parlimen Tuaran mengakui terasa panas kerusi parlimen tersebut berikutan kabar kabar pru ke 15 menjelang tiba.

Parlimen Tuaran terletak dalam jajahan Datuk Seri Panglima Haji Hajijih Mohd. Noor Ketua Menteri Sabah dari Pari Peribumi Bersatu Malaysia merangkap Adun Sulaman. 

Selain dari itu, kerusi Parlimen Tuaran terletak didalam Dewan Undangan Negeri Dalit, Dun Sulaman, Dun Tampaluri serta Dun  Kiulu dimana Tampaluri dan Kiulu dalam genggaman Parti PBS masa kini, Dun Dalit milik Umno masa kini manakala Dun Sulaman milik PPBM  pada masa sekarang. 

Menurut rakyat dalam kawasan Parlimen Tuaran hari ini, Datuk Seri Panglima  Welfred  Madius Tangau masih kekal sebagai Ahli Parlimen dari Parti UPKO yang kini menjadi sekutu kuat didalam Pakatan Harapan disamping Parti Warisan Sabah juga mempunyai jentera didalam kawasan tersebut sejak beberapa tahun lalu.

Ramalan penduduk Parlimen Tuaran, bakal bertembung  sesama sendiri antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipengurusikan Datuk Sri Panglima Haji Hajijih Haji Mohd. Noor, BN  UMNO Datuk Bung Mokthar Raden sebagai Pengurusi Sabah, Parti Warisan Sabah Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Haji Apdal Presiden dan Pakatan Harapan YB. Datuk Christina Liew.

Jika PH, GRS, BN, PBS, mahu menawarkan calon mewakili dari gabungan parti mereka bersama Parti Warisan bukan muda meramal siapa yang pengundi kawasan tersebut pilih apa tak lagi UPKO telah menjadi gabungan dalam PH masa kini.

Hanya pengundi kawasan Parlimen Tuaran yang tahu siapa calon yang mereka pilih dalam pru kali ke 15 tidak lama lagi.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan