Selasa, 21 Jun 2022

HENDAK BERNIAGA AMBIL LANGKAH 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Kota Kinabalu. Seluruh peniaga makanan yang siap dimasak perlu mengambil langkah membungkus semua jualan mereka sepanjang masa berniaga agar terlindung bukan sahaja kuman, debu debu halus malah utama sekali menghindari kunjungan lalat pada makanan terdedah. 

Ramai penjual makanan sentiasa terbuka ditepi tepi jalan besar mahupun gerai gerai didalam kedai menyebabkan  ramai yang takut membeli jualan mereka jauh berbeza dengan orang asli Sabah yang berniaga makanan (dalam gambar diatas) mengutamakan kebersihan dengan membungkus segala makanan dengan rapi sebelum dipamer dalam meja perniagaan.

Menurut pengunjung permis perniagaan makanan yang ditemui, kebanyakan peniaga makanan yang mengabaikan kebersihan tidak menutup atau membungkus makanan yang dipamerkan, adalah menggunakan khidmat pekerja asing didalam permis perniagaan mereka yang jelas kurang tahu aspek kebersihan permakanan ujar mereka.

Hanya masyarakat dalam negara yang perlu menilai dan menjauhi pemakanan kotor terdedah dimeja jualan demi menjaga kesihatan diri masing masing dalam jangkamasa panjang. 







Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan