Jumaat, 17 Jun 2022

COVID 19 MEMBUNUH SELURUH DUNIA 

Oleh. Huzera Ben 

Brazil. Dunia hari ini mencatatkan kematian serangan virus covid 19 berjumlah 6,378,310 orang, rekod jangkitan terus meningkat berjumlah 540,352,398 orang manakala jumlah yang masih dirawat seluruh dunia masa kini berjumlah 23,952,556 orang. 

Amerika Syarikat terus mencatatkan kematian serangan virus covid 19 sejak tahun 2020 berjumlah 1,036,483 orang sehingga hari ini, disusuli negara Brazil dalam tempoh yang sama berjumlah 668,404 orang manakala negara India juga dalam tempoh yang sama berjumlah 524,792 orang.

Dunia yang mencanang pelbagai jenis vaksinasi terus diserang dengan covid 19 tanpa henti sehingga hari ini, malah kebanyakan negara negara maju terus diserang virus tersebut sampai hari ini tanpa ada petanda ianya berakhir.

Negara Rusia sejak tahun 2020 sehingga hari ini terus merekodkan kematian serangan covid 19 berjumlah 380,203 orang, disusuli negara Mexico sepanjang tempoh yang sama berjumlah 325,242 orang dan negara Peru sejak tahun 2020 hingga hari ini berjumlah 213,343 orang. 

Bagi negara United Kingdom dari tahun 2020 sehingga hari ini covid 19 telah membunuh 179,363 orang, disusuli negara Itali pada tempoh yang sama mencatatkan kematian berjumlah 167,505 orang, negara Sepanyol dalam tempoh yang sama berjumlah 159,605 orang. 

Sejak tahun 2020 sehingga hari ini negara Indonesia merekodkan kematian serangan virus covid 19 berjumlah 156,670 orang, ia disusuli negara Perancis dalam tempoh yang sama berjumlah 148,898 orang, sementara negara Iran sejak tahun 2020 sehingga hari ini merekodkan kematian serangan covid 19 berjumlah 141,353 orang.

Turut merekodkan kematian tertinggi serangan covid 19 adalah negara Jerman  sejak tahun 2020 sehingga hari ini berjumlah 140,292 orang, negara Colombia dalam tempoh yang sama merekodkan kematian berjumlah 139,894 orang, negara  Argentina dalam tempoh yang sama mencatatkan kematian berjumlah 128,994 orang, negara Poland juga dalam masa yang sama merekodkan kematian berjumlah 116, 387 orang, negara Ukraine juga mencatatkan kematian serangan virus covid 19 sejak tahun 2020 hingga hari ini berjumlah 108,605 orang dan dalam tempoh yang sama negara Afrika Selatan merekodkan kematian berjumlah 101,550 orang. 

Penjarakan diri dan pemakaian pelitup muka bagi menutup hidung dan mulut perlu dikekalkan sehingga virus covid 19 hilang dimuka bumi ini ujar aktivis masyarakat antara bangsa yang ditemui hari ini.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak amnya memuat turun berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan