Isnin, 28 Januari 2019

Sorotan Semasa
Oleh.  Jopis Anak Lagau
Perjuangan Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan Presiden Parti Solideriti Tanah Airku boleh berhadapan dengan parti politik memerintah kerjasama Pakatan Harapan dengan parti Warisan Sabah jika ada gerak jelajah akar umbi bermula dari tahun 2019 ini,  selain dari itu jentera akar umbi Solideriti Tanah Airku juga wajar membuang rasa ego dengan wajah mengukir perhatian senyuman terhadap rakyat jelata tanpa mengira kaum agama dan darjat jika mereka mahu sokongan bagi menghadapi pilihan raya kali ke 15 akan datang.
Persaingan parti politik masa kini bukan lagi terletak ditangan ketua ketua cawangan atau para ajk bahagian setiap parti politik sebaliknya ditangan rakyat jelata yang berdaftar sebagai pemilih,  tidak hairan lah jika terdapat bahagian BN yang kuat dalam pilihan raya kali ke 14 lalu tewas ditangan PH dan Warisan akibat para pengundi membuat protes terhadap kepimpinan bahagian yang sudah meramal kemenangan terhadap ketua mereka sedangkan rakyat jelata yang membuang undi diabai selama 5 tahun mereka memimpin bahagian jelas pengundi yang ditemui keciwa.
Pengundi berdaftar berharap STAR DAN GABUNGAN BERSATU SABAH mampu memberi gerak kerja terhadap para pemimpin bagagian dan cawangan yang setakat ini sukar bersama rakyat jelata agar aktif mendampingi semua rakyat bermula tahun 2019 ini tegas mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan