Jumaat, 25 Januari 2019

Oleh.  Basron Kirwan
ISU MURTAD SIAPA BERTANGGONGJAWAB
Kisah murtad bukan perkara baru dalam negara Malaysia amnya Sarawak dan Sabah berkisar kebimbangan peratusan  warga muda menjadi mangsa MURTAD bagi beberapa agama lain terutama insan yang mengalami. Hidup susah atau serba kekurangan dikawasan luar bandar.
Sesetengah golongan yang sanggup murtad mendedahkan mereka hilang arah selepas memeluk agama Islam ramai masyarakat seagama tidak pun menjenguk keluarga golongan terlibat kearah membantu memberi panduan didikan agama terutama mereka yang tinggal berjauhan dengan Masjid atau Surau tanpa kenderaan persendirian dikawasan luar bandar,  ini menyebabkan pihak lain telah mengambil kesempatan dalam menempuh tekanan seumpama sebilangan ketua ketua agama lain mendekati serta cuba menghulur bantuan secara halus sehingga pengaruh bantuan pihak terlibat meresap kedalam hati keluarga terlibat pasti agama lain yang berjasa pada saudara baru ini bakal disertai mereka walau dengan apacara sekalipun tanpa dipaksa pihak tertentu secara terang terangan.
Dalam konteks seumpama seharusnya semua pihak berkuasa dalam Islam perlu memainkan peranan turun padang terutama mereka yang dibayar gaji mencurahkan khidmat bakti mengunjungi rumah rumah saudara baru bagi menghulur sebarang bantuan khususnya didikan agama berterusan,  bayangkan terdapat sumber maklumat saudara baru memeluk Islam lebih 20 tahun dalam rumah terpencil namun selepas kematian suami saudara baru ini dibiarkan terkapai kapai tanpa sesiapapun berkunjung kerumah mualaf ini walaupun ramai orang dibayar gaji mendidik Islam serta berpendapatan tinggi gagal mengunjungi rumah mualaf berkenaan namun bercakap dalam agama Islam lantang dimajlis majlis ceramah anjuran pihak tertentu jelas orang ramai.
Sama sama lah kita perbetulkan keadaan ini kearah memelihara saudara saudara baru atau muallaf agar golongan terlibat tidak diresapi pengaruh ajaran agama lain yang cuba mempengaruhi penganut Islam sehingga kehari ini, jika terdapat saudara baru atau muallaf berani meninggalkan agama Islam semata mata menyertai agama lain semua pihak dalam agama Islam harus menyiasat mengapa kes terlibat berlaku berbanding terus menghukum pihak yang didakwa memurtadkan keluarga mereka walhal terdapat beberapa kegagalan pihak pendidik agama Islam yang sengaja tidak memberi didikan agama terhadap keluarga terlibat sepanjang memeluk agama Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan