Selasa, 22 Januari 2019

Oleh.  Jopis Anak Lagau Dan Bujie Tukarang
Borneo.  Pembabitan dunia persurat kabaran sejak 1998 merupakan insan yang kerdil dari jurugambar, pembantu wartawan, wartawan,  pegawai iklan sehingga menjadi ketua wartawan bukan lah tugas yang muda. Selepas menempuh lebih 12 tahun dalam industri persuratkabaran cabaran besar ditempuhi apabila diberi mandat mengemudi persuratkabaran kerdil bagi kawasan luar negeri dengan mengurus,  mentabdir,  mencari dana sumber pengiklanan dan memasarkan berita berita menarik dan sahih adalah satu peningkatan dan pengalaman dimana cabaran utama dipandang rendah oleh pihak pihak tertentu sehingga ada yang tidak memberi kerjasama industri yang diterajui anak peneroka Borneo.
Hari ini Media Terkini Borneo yang diuruskan Syarikat dari Kuala Lumpur Azom Productions House masih bertahan dikawal selia anak anak peneroka Borneo,  Sarawsk,  Kalimantan Indonesia dan Sabah serta Brunei terus berdiri teguh tanpa tunduk dengan tekanan pihak tertentu yang cuba memandang rendah matlamat perjuangan walaupun berjimat cermat dalam perbelanjaan setiap hari tanpa mendapat bantuan dari golongan berkemampuan yang memiliki syarikat bumiputera berwibawa di Sabah dan Sarawak.
Diantara yang menyedihkan Pengurus Pengiklanan Media ini ialah tergamak golongan bergelar datuk mengeciwakan memohon iklan dalam penyiaran jumlah angka ratusan ringgit sahaja pun bagai tidak dilayan.
Sebaliknya apabila unit siaran luar bersama masyarakat mendedahkan keluhan rakyat jelata kelalaian bergelar datuk dibeberapa kawasan tertentu yang mereka wakili tidak pula rasa senang hati malah ada yang bermasam muka dengan kakitangan kami.
Jangan sesekali memandang rendah keupayaan orang kecil jika sesekali langkah kita kadangkala tersandung kebumi,  malah tidak salah kita membantu dan berkerjasama terhadap orang yang berusaha kearah membentuk perniagaan tanpa mengharap bantuan dari pihak tertentu tanpa sebarang tujuan atau minta bantu cara percuma.
Buka mata dan hargai serta pandang usaha murni masyarakat yang sanggup bersaing dalam industri persuratkabaran dan penyiaran apa tak lagi golongan bumiputera Sarawak dan Sabah.  SELAMAT TAHUN BARU CINA 2019 KEPADA SELURUH PELANGGAN KAMI DI MEDIA TERKINI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan