Khamis, 24 Januari 2019

 SOROTAN SEMASA
PENGEMIS PAKSA DIMANA WAKIL RAKYAT
Oleh.  Norzairie Kirwan
Kota Kinabalu. Hampir setiap hari pengemis paksa membanjiri Kota Kinabalu bagi menjalankan kegiatan mengemis tanpa dikenali asal usul mereka,  pengemis terlibat juga ganjil tidak takut dengan orang ramai namun melihat lensa kamera pasti berlari pantas tidak kira apa juga halangan dihadapan tetap direda sehingga kadangkala menghalang laluan kenderaan dijalan raya jelas orang ramai yang ditemui.
Bagi masyarakat anak negeri Sabah ketika ditemui di Bandar Raya Kota Kinabalu menggesa wakil rakyat amnya wakil parlimen supaya turun padang bagi berjalan kaki melakukan tinjauan peminta sedekah atau pengemis paksa agar melihat sendiri siapakah mereka ini yang sebenar tanpa mengharap laporan kakitangan diperingkat bawahan demi menjaga imej negeri Sabah dan negara Malaysia amnya ujar mereka.
GAMBAR GAMBAR DIRAKAM LORONG PEJALAN KAKI DIHADAPAN BANGUNAN PEJABAT POS, NAMUN MELIHAT KAMERA BESAR PEMINTA SEDEKAH PAKSA BERLARI KEDALAM PARKING BANGUNAN PEJABAT POS DENGAN SENJATA MEREKA MENGGUNAKAN KANAK KANAK KECIL AGAR ORANG RAMAI LEBIH BERSIMPATI MEMBERI WANG YANG BESAR.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan