Rabu, 16 Januari 2019

Oleh. Bujie Tukarang
WARGA BORNEO PERLU WASPADA
Isu Ganja yang merosak akhlak generasi muda mudi masa kini akibat meniru penyalahgunaan dadah warga asing seharusnya dipantau semua pihak khususnya ibu bapa sejak kecil lagi,  namun sikap segelintir masyarakat hari ini yang terlalu memanjakan anak anak merupakan penyakit yang tidak memiliki penawar jika sudah terjebak dalam usia dewasa dan bakal memalukan keluarga terdekat dan masyarakat setempat.

Adat Warisan Perlu Dihayati
Masyarakat Kadazan Dusun amnya etnik asli dalam negeri ini memiliki sejarah yang wajar diteladani oleh generasi muda mudi khususnya cucu cicit akan datang,  diantaranya adalah permusuhan tanpa sebab yang munasabah sepanjang masa dikalangan jiran tetangga terdekat terutama yang memiliki pertalian kekeluargaan apa tak lagi antara ibu bapa dan anak cucu yang mana dilaporkan masih kuat pegangan adat tersebut dalam negeri ini hingga kehari ini.
Sejarah menceritakan etnik Dusun Kadazan apabila anak dan cucu melawan ibu bapa kandung secara berpanjangan hingga ibu bapa pergi buat selamanya tanpa sempat memaafkan anak cucu pasti musibah sukar digambarkan, seperkara lagi yang yang anak cucu kena ingat jika kedua orang tua dilawan oleh anak cucu sehingga ibu bapa menangis bersumpah menanggalkan pakaian mereka (ibu bapa) terhadap anak cucu mereka musibahnya tidak akan hilang keatas keturunan anak cucu yang disumpah oleh ibu bapa mereka. Sebagai generasi masa kini berhati hati dikalangan anak cucu agar jangan sampai ibu bapa mereka disakiti sehingga menitiskan air mata demi mengelak sumpahan yang tidak terampun hingga ibu bapa meninggal dunia,  ini merupakan petikan beberapa sejarah benar yang diperolehi Media Terkini dalam pelbagai tinjauan bagi Sabah dan Sarawak minggu lepas dimana beberapa tempat masa kini dilaporkan masih ada yang berupa kisah benar telah disumpah ibu bapa kandung bersama cucu cicit dahsyat sekali dilihat orang kampung etnik Kadazan Dusun dalam kawasan tersebut. Turut mengakui kebenaran sejarah etnik Kadazan Dusun Sabah ialah orang veteran Papar Datuk Cladius Sundang Alex semasa dihubungi Media Terkini baru baru ini. Oleh.  Jopis Anak Lagau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan