Khamis, 3 Januari 2019

Ringkasan Berita
Oleh. Norzairie Kirwan
PENYOKONG UMNO MAHU KEPIMPINAN BARU BERJUANG SEMULA
Sabah. Ahli ahli UMNO yang masih taat setia meminta kepimpinan baru antara gandingan Datuk Seri Bung Mokthar Radin (Ahli Parlimen Kinabatangan) Datuk Raimie Unggi (Tenom) dan Datuk Haji Yakub Khan (Sepanggar) berjuang semula bagi menambah ahli ahli baru berikutan ramai sudah ahli lama menyertai parti yang menerajui Kerajaan Pakatan Harapan selepas PRU KE 14 yang lalu, jentera perlu dimulakan diperingkat cawangan agar mampu memperkasa diperingkat bahagian seluruh Sabah dengan memilih pejuang cawangan yang teguh tanpa muda diperdaya oleh pengaruh politik kumpulan parti pemerintah Pakatan Harapan dan Warisan seluruh Malaysia sehingga PRU ke 15 akan datang.
Demikian suara beberapa ahli UMNO diperingkat Cawangan yang menemui Media Terkini bagi menyatakan pendirian mereka walaupun sebilangan pemimpin Umno Sabah sudah mengistiharkan keluar parti sejak beberapa mingfu lalu bagi memberi sokongan kerajaan PH dan Warisan Sabah masa kini, menurut kumpulan ahli diperingkat Cawangan tidak semua ahli ahli UMNO telah sepakat meninggalkan parti keramat UMNO tersebut demi perjuangan  yang teguh dalam parti tersebut ujar mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan