Jumaat, 4 Januari 2019

GAMBAR DISIAR SEKADAR HIASAN
Oleh. Basron Kirwan
ISU PENCULIK MENUNTUT RM400,000
Sabah. Kumpulan penculik yang menamakan kumpulan Abu Sayyaf dengan mengaku pangkat Sub Commander Indang Susukan menghairankan kerajaan mana memberikan pangkat mereka sebagai Sub Commander sedangkan mereka ini pengganas? Isu ini memenuhi ruang muka depan akbar bercetak Sabah hari ini yang menuntut Empat Ratus Ribu Ringgit terhadap nelayan warga Indonesia yang diculik dalam perairan Sabah tanpa perikemanusiaan sebagai hamba Allah dimuka bumi ini jelas kelab penaja bekas bekas Keselamatan Sabah dekat sini.
Sebagai kelab penaja bekas bekas keselamatan anak watan asli Sabah adalah penting mengingatkan seluruh warga Sabah ternasuklah golongan pekerja asing berdaftar dalam negeri ini agar berhati hati setiap minit agar tidak ada peluang kumpulan pengganas mahupun mana mana talibarut mereka yang mungkin menyamar bersembunyi dalam negeri Sabah demi mengaut keuntungan wang ringgit sebagai habuan atas angin tegas jurucakap kelab berkenaan.
Kelab terlibat mengajak semua pihak menjadi mata pemantau talibarut kumpulan pengganas penculik disamping mendengar sekeliling setiap minit bagi membantu Polis dan Tentera DiRaja Malaysia agar ruang penculik sentiasa tertutup sepanjang masa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan