Jumaat, 4 Mei 2018

 Berita Ringkas
DUN INANAM MENDAPAT SOKONGAN PENUH
Dalam menghitung hari menanti pembuangan undi 9 Mei 2018 pelbagai orang kuat dari Parti Warisan Sabah seperti rombongan Julian Goduli sudah memberi ikrar membantu kempen memberi undi kepada BN Inanam dan Sepanggar amnya demi meraih kemenangan BN pada PRU ke 14 ini, selain dari rombongan Julian Goduli menyertai PBS BN satu lagi rombongan parti pembangkang Parti Kebangsaan Sabah Thadius Gidong juga angkat kaki memberi sokongan padu pada calon PBS BN Inanam serta BN UMNO Parlimen Sepanggar supaya menang dalam pada pengundian 9 Mei 2018 ini.
Semua rombongan dari Warisan Sepanggar, PKS Inanam serta rombongan dari Keadilan Inanam memberi jaminan akan berkerja keras bagi menarik lebih ramai penyokong parti pembangkang yang mereka tinggalkan supaya memberi undi kepada calon BN pada 9 Mei 2018 ini tegas rombongan dari orang orang kuat Warisan, Keadilan dan Parti Kebangsaan Sabah Sepanggar.
Kepimpinan BN yang bertanding di Dun Inanam Datuk Johnny Goh, Parlimen Sepanggar Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Dun Kerambunai Datuk Hajah Jainab DSP Ahmad Ayed.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan