Ahad, 27 Mei 2018

GAMBAR INI SEKADAR HIASAN
KEPIMPINAN BN AKAR UMBI PERLU PEMBAHARUAN
Sabah. Kepimpinan seluruh parti kompenan BN perlu bergerak melakukan perubahan dari peringkat cawangan dengan menjemput seluruh ahli menghadiri mesyuarat pemilihan cawangan agar benar benar melakukan pembaharuan kearah memulihkan sokongan jitu rakyat jelata, ketua ketua cawangan parti kompenan BN khususnya PBS dan UMNO harus merubah corak dengan menjemput semua ahli tanpa mengira darjat dan kaum agar telus memilih para pemimpin cawangan mereka maju kehadapan tanpa masaalah.
Pendedahan sirius beberapa penduduk Sabah yang berkhidmat dengan jabatan kerajaan mahupun sektor swasta yang mahukan didengari oleh pemimpin pusat khususnya, sehingga berita ini ditulis 28 Mei 2018 belum ada sebarang notis berkaitan parti kompenan BN menjemput ahli ahli parti diperingkat beberapa cawangan yang menghubungi media terkini terutama kawasan pantai barat Sabah melibatkan UMNO seolah olah ketua cawangan sengaja tidak mahu menghubungi seluruh ahli berdaftar dan pemegang kad keahlian yang sah walaupun perlu sekali pembaharuan ujar mereka
Semua paparan ini diharap mampu menyedarkan semua ketua cawangan UMNO serta kompenan BN yang lain demi memulihkan sokongan rakyat jelata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan