Jumaat, 11 Mei 2018

 BERITA RINGKAS
WAKIL RAKYAT JANGAN PERMAINKAN SOKONGAN PENGUNDI
Sabah. Kemelut Kerajaan Sabah yang baru dibentuk dianggap tidak sah oleh wakil rakyat yang sudah berikrar pembentukan Kerajaan BN jumaat harus ditanya ketua ketua masyarakat yang mengundi kemenangan mereka dalam BN, jika tidak disiasat perkara melompat kepentingan peribadi sudah pasti lebih ramai lagi ADUN tiap kawasan akan melompat kepembangkang tanpa tanda tangan seluruh pengundi kawasan mereka tanpa kesudahan yang jelas dihati rakyat asli Sabah.
Menurut sumber maklumat yang diterima dari beberapa Dun KDM yang dimenangi BN baru baru ini rakyat mengundi memenangkan BN bukan disuruh wakil rakyat melompat kepada Parti Pakatan Pembangkang demi menjadi sekutu mereka, jika Wakil Rakyat BN yang diberi undi kemenangan memaklumkan akan melompat menyokong Parti Pembangkang Pakatan Harapan lebih baik lagi rakyat jelata dari awal lagi mengundi parti STAR ATAU PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH dan rakan sekutunya ujar rakyat yang ditemui.
Isu yang panas adalah beberapa wakil Rakyat BN yang bersama Datuk Seri Musa Haji Aman sudah berikrar setia bersama BN menubuh kerajaan bersama Datuk Dr. Jeffery G. Kitingan sehingga membolehkan angkat sumpah jawatan Ketua Menteri serta beberapa Menteri Penuh yang lain, sebaliknya ini lah gelagat mereka tidak sampai 24 jam sudah melompat ke Parti Warisan tanpa diketahui puncanya apa tak lagi meminta suara rakyat jelata yang mengundi mereka terutama bagi melihat masa depan Sabah yang dikelilingi orang orang meragukan tanpa kajian masa depan tanah air tersayang ujar para pengundi orang asli Sabah.
Apapun media sekadar memaparkan suara para pengundi BN yang ditinggalkan oleh wakil rakyat mereka menyeberang JAMBATAN, terpulang lah kepada golongan YB yang menang untuk memohon maaf pada pengundi mereka dari ketelanjuran menyeberangi jambatan laluan orang lain. Oleh. Basron Kirwan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan