Sabtu, 7 Jun 2025

UMAT ISLAM SAMBUT IDULADHA DALAM PERANG

Oleh. Danny Rew

Gaza. Sambutan iduladha bagi umat Islam yang berdepan dengan maut akibat pe
 rang dengan zio

nis Israel tetap tabah kesabaran menunaikan sholat Iduladha hari ini. 

       Israel yang sanggup mengupah tentera upahan bagi memburu pejuang Hamas dan AlQassam sama sahaja membunuh orang awam di Gaza dan Rafah, rumah orang awam terus dibedil atas arahan zionis Israel dengan alasan persembunyian para pejuang Hamas dan AlQassam tanpa sebarang bukti. 

        Seluruh dunia sampai masa kini dilaporkan hanya memerhatikan kekejaman Israel membunuh sesuka hati di Gaza dan Rafah, namun kekuatan semangat umat Islam yang bermaufakat di kawasan Gaza dan Rafah terus menunaikan sembahyang sunat iduladha dikawasan bangunan yang telah roboh. 

       Kekejaman zionis Israel terhadap Gaza dan Rafah tidak langsung menggugat permaufakatan mereka walau sentiasa ada yang terbunuh setiap hari serangan Israel, berapa banyak warga dalam dunia yang sanggup bertahan dalam tanah kediaman mereka jika dibom dan ditembak oleh tentera negara asing setiap hari seperti Gaza dan Rafah.

       Apapun ini lah pengorbanan yang sentiasa ditempuh oleh Gaza dan Rafah yang menjadi serangan Israel setiap hari walau berlaku kematian keluarga setiap hari, negara negara sekeliling seluruh dunia perlu melihat pengorbanan yang dilakukan penduduk Gaza dan Rafah yang sanggup bertahan serangan Israel sepanjang masa.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan