Sabtu, 7 Jun 2025

MENGAPA RAMAI PATI MASUK DALAM NEGARA?

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Isu PATI memasuki  dalam negara bukan perkara baharu malah ianya telah lama berlaku namun kurang menjadi perhatian warga seluruh negara.

        Pati hanya menjadi isu besar apabila ditangkap serta disiarkan dalam akbar berdaftar seluruh negara mahupun antara bangsa, jika tidak berlaku operasi menangkap dan penyiaran warga dalam negara dilaporkan ada yang duduk makan minum bersama PATI dibeberapa restoran tempatan.

       Selain dari itu, ada juga warga tempatan lebih mengutamakan berkawan dengan PATI berbanding senegara, ianya berpunca dari  penggunaan mereka terhadap tenaga pekerja PATI dalam apa juga kerjaya akibat harga murah. 

       Pati dalam negara ini termasuklah Sabah kurang mendapat perhatian dikalangan warga tempatan berbilang bangsa, walaupun sesekali warga tempatan sering dikelilingi golongan Pati namun tidak kisah bagi mereka asalkan diajak duduk minum kopi dan makan rojak percuma.

       Sebaik sahaja operasi dilakukan semua team petugas khas memburu Pati baru kelihatan golongan terlibat bertempiaran lari membawa diri, masa itu lah sebilangan warga tempatan baru buka mata disekeliling mereka selalu adalah Pati  minum dan makan rojak dikedai kopi.

      Apapun isu ini perlu dihayati warga Malaysia agar sentiasa memerhati kehadiran Pati  disekeliling mereka, bukan muda mengusir Pati  terlibat jika sudah lama bertapak dikeliling kawasan mereka disebabkan tidak memiliki sebarang rekod dalam negara ini.

      Hanya warga asing yang lengkap dengan dokumen sah sahaja yang layak berkerja dinegara ini mengikut tempoh yang ditetapkan, oleh yang demikian kesedaran orang tempatan sangat penting agar Pati tidak ada ruang bersembunyi disekeliling mereka umpama menyerupai warga tempatan.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

        
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan