Setiap ada perjumpaan antara orang parti politik bersama rakyat, pastinya ditunggu adalah ungkapan kata dalam ucapan orang orang pemimpin politik yang bersaing meraih mendapat undi rakyat.
Sebaliknya rakyat jelata juga lah yang kerap dipertaruhkan oleh para pemimpin parti politik dengan segala ungkapan kata, namun setiap lima tahun kembali pilihan raya warga pengundi kekal takuk pencarian lama tanpa ilham orang parti politik yang diberi mandat menjadi YB.
Ungkapan kata kata warga penduduk luar bandar yang ditemui bagi mengulas senario politik Sabahan yang parti politik bertambah bagai cendawan setiap tahun, anehnya kebanyakan yang maju adalah calon calon yang menang dalam pilihan raya berbanding calon yang kalah terus menjadi ketua bahagian parti yang mereka sertai.
Jelajah kru Media Terkini kawasan Sabah mendapati terlalu ramai menjadi calon pada setiap kali pilihan raya negeri namun sukar menang akibat tidak jumpa rakyat pengundi, malah ada juga berjawatan pemimpin Bahagian Parti dilaporkan langsung enggan menjejaki rakyat jelata yang menanti kehadiran pemimpin parti politik dikawasan mereka.
Selain dari itu ada juga rakyat Sabah yang mendedahkan sebilangan pemimpin parti politik bahagian sukar dihubungi apa tak lagi hendak ditemui, sebaliknya bila menjelang pilihan raya negeri saling bersaing mahu mengimpikan terpilih calon menerusi parti masing masing walaupun rakyat tak ditemui.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan