Oleh. Basron Kirwan
Borneo. Setiap kali menjelang pilihan raya pasti akan timbul isu warga asing dengan kad pengenalan meragukan, malah ianya sering ditimbulkan oleh segelintir orang politik tertentu bagi meraih perhatian para pengundi seluruh Sabah.
Situasi seumpama dibangkitkan oleh sebilangan rakyat berdaftar sebagai pengundi sebaik mendengar ungkapan kata kata mereka setiap melawat kampung, sebaliknya tidak ada pula suara seumpama selama 4 tahun sebelum menjelang pilihan raya negeri mahupun parlimen bagai orang kata lebih memancing undi rakyat mendepani pilihan raya.
Jelajah kru Media Terkini Harian dalam Sabah memperolehi pelbagai ragam sebilangan orang politik yang sangat merayu mendapat undi rakyat pengundi, namun sepanjang 4 tahun berada didalam situasi harapan orang asli Sabahan orang politik bersuara berhubung warga asing namun golongan terlibat hanya membisu tanpa buka mulut.
Sebaliknya rakyat jelata masa kini mula mempamerkan daya pilih mereka terhadap orang parti politik bermusim dengan berkerja untuk rakyat sepanjang masa tanpa henti, ada juga orang parti politik yang merayu rayu pada rakyat minta bantu rayu sokongan undi dikawasan mereka namun segala kerja langsung tidak berhasil ungkap mereka.
Warga Sabah yang berdaftar sebagai pengundi perlu bijak agar tidak diperalat sebilangan orang politik berkerja meraih undi namun semuanya secara percuma, ini lah cabaran orang politik Sabah bila rakyat pengundi mula bersuara agar mereka tidak diperalat kerja meraih sokongan undi namun langsung tidak dihargai tegas mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan