Sabtu, 7 Jun 2025

AWAS MINYAK TIDAK HALAL

Oleh. Norsham Haji Tukirin

Kuala Lumpur. Isu pembungkusan minyak masak tidak memiliki sijil halal yang kerap ditangkap pihak berkuasa tempatan, sering menghantui umat Islam diseluruh negara bimbang sudah ada yang terlepas dalam pasaran di kedai kedai runcit terpencil.

       Sungguhpun ramai yang merasa bimbang namun dilaporkan ada juga yang terus sahaja membeli tanpa mengkaji ketulenan halalnya minyak terlibat, namun sampai bila segala penipuan membungkus minyak masak tanpa sijil halal yang sah dilakukan golongan tidak bertanggongjawab didalam negara ini.

       Sebagai umat Islam diseluruh negara ini asas pengetahuan barangan yang meragukan sijil halalnya perlu ada dalam diri masing masing, malah asas keraguan dalam diri boleh dirujuk kepada pihak berkuasa agama didalam negeri masing masing agar terpelihara permakanan keluarga Islam.

        Semua kejadian ini dilaporkan wujud peniaga yang tidak peka dengan pengguna yang beragama Islam demi mengaut keuntungan berlebihan, ini lah puncanya jika terus berlaku tamak haloba didalam diri pastinya sanggup membelakangkan adat pegangan umat Islam menerusi Halal yang diiktiraf pihak berkuasa.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan