Kota Kinabalu. Pemimpin BN diperimgkat akar umbi perlu kerja keras menemui segenap rakyat jelata jika mahu menang dalam PRN Sabah pada tahun ini.
Ini disuarakan oleh beberapa pemerhati politik tempatan sebagai mengulas BN bertanding menggunakan logo Dacing pada PRN negeri tahun ini.
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden Umno merangkap Pengurusi BN mengumumkan BN menggunakan lanbang Dacing dalam pilihan raya negeri ke 17 tahun ini.
Menurut pemerhati politik tempatan Sabah, rakyat negeri ini perlu diberi kefahaman dengan semua politik tempatan yang mempengaruhi bersatu bernaung dibawah politik Sabahan, Jika ianya dibiarkan sehingga pilihan raya negeri akan datang dibimbangi pengundi Sabahan akan terus terlupa lambang Dacing akibat pengaruh politik Sabahan ujar mereka.
BN Sabah juga harus mencontohi gerak kerja aktif yang dibawa oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri dalam bersuara demi pemahaman rakyat jelata, jika pemimpin akar umbi BN sepi tidak bersuara memberi kefahaman kepada segenap rakyat berdaftar sebagai pengundi parti lawan mereka dengan muda memperolehi sokongan agenda Sabah untuk Sabah.
Sungguhpun Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerap membuat lawatan kerja ke negeri Sabah namun suara BN tidak sampai keperingkat pengundi luar bandar, ini bakal merunsingkan rakyat jelata yang berdaftar sebagai pengundi tanpa didampingi akar umbi BN bila tiba pilihan raya negeri ke 17 akan datang.
Sehingga berita ini ditulis terlalu sukar menghubungi golongan kepimpinan BN diperingkat akar umbi negeri Sabah bagi mendapat pandangan sokongan rakyat jelata keatas BN Sabah masa kini.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan