Rabu, 25 Jun 2025

SELANGKAH SEMINGGU

Borneo. Ingin digapai seluruh dunia namun terus berpuak puak tanpa sebulu dengan warga mereka sendiri walau kini berusia puluhan tahun. 

       Dua negeri berbeza antara Sarawak dan Sabah terkenal seluruh negara Malaysia sejak sekian lama namun meniti masyarakat majmuk sangat jauh berbeza, dalam era tahun 2025 ini Sarawak mengurak langkah dalan Industri Penyiaran sendiri TVS hasil sokongan seluruh warganya.

        Malah Sarawak juga banyak mencapai perolehan kemudahan seperti Penerbangan dan pengurusan minyak Petros, ini lah perbezaan yang jauh bagi Sabah dan perlu tekad bersatu padu tanpa ada warga mereka yang tersisih jika mahu mencontohi apa juga kejayaan Sarawak.

        Dalam tinjauan Media Terkini Malaysia bagi kedua dua negeri ini sambutan dan sokongan warga dan golongan kepimpinan amat berbeza sama sekali, namun lumrah resam warga berbeza  ada yang muda mesra dan ada yang tidak kisah walau siapa pun melawat negeri mereka apa tak lagi bagi berpangkat tinggi.

       Menyingkap pandangan kedua dua warga berkisar Media Penyiaran juga sangat jauh berbeza dimana tak kisah sangat bagi warga Sabah, sebaliknya amat dibutuhkan oleh seluruh warga Sarawak walau dimana sekalipun mereka berada amat memerlukan Media Penyiaran yang berdaftar ujar mereka.

         Sesungguhnya masyarakat Sabah wajar bersama sama mencontohi Sarawak dalam kepenggunaan Media Penyiaran apa tak lagi yang berpusat di Semananjung Malaysia sebagai serumpun keluarga tanpa ada yang disisihkan. 

         Sama sama memajukan negeri menerusi industri pelancongan dari luar negara dengan bersikap terbuka walau siap juga yang mengunjungi mereka antara Sarawak dan Sabah dalam jangkamasa panjang. Susunan Rojaili Kirwan





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan