Ahad, 8 Jun 2025

DERITA LUAR BANDAR SABAH ?

Oleh. Rujaili  Kirwan 
(Gambar siaran Sekadar hiasan)

Sabah. Setiap musim tengkujuh dalam negeri ini ramai warga luar bandar merasa derita dengan tenaga kerja membersihkan pokok tumbang diatas jalan raya. 
     Kebanyakan jalan raya luar bandar yang ditimpa pokok pokok besar terpaksa dibersihkan sendiri oleh penduduk kampung tanpa sebarang bantuan kerajaan negeri mahupun persekut
aun sejak sekian lama.

       Benarkah setiap jalan raya perkampungan luar bandar tidak ada peruntukan khas dari kerajaan bagi membersihkan kayu kayu besar yang tumbang bergelimpangan dijalan jalan raya mereka.
      Kejadian seumpama terus menjadi tanda tanya warga luar bandar Sabah mengapa kerajaan negeri dan persekutuan, tidak memberikan peruntukan bagi membersihkan kayu kayu besar tumbang pada musim tengkujuh dengan menggunakan tenaga tangan jelas mereka.

        Terdapat juga warga desa yang ditemui bagi mendapat maklumat langkah mereka mendepani situasi pokok tumbang dimusim tengkujuh namun enggan memberi ulasan, lumrah ragam sebilangan manusia ada yang berganding bahu dengan media massa dan ada yang menjauhi golongan media massa terutama golongan yang berjawatan bimbang tergugat kerjaya mereka.










Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang






 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan