Jumaat, 13 Jun 2025

DELEMA POLITIK SABAH

Oleh. Rojaile Kirwan

Sabah. Delema politik negeri ini dilapor dalam persimpangan akibat ramai pemimpin bahagian parti tidak yakin perjuangan mereka didokong semua rakyat berdaftar sebagai pemilih.

      Malah ada juga seorang dua pemimpin parti politik dinegeri ini masih tidak yakin dengan parti mereka mendapat sokongan atau sebaliknya dari rakyat mereka, ini lah delema sebilangan pemimpin parti politik Sabahan yang kerap berlaku pengakuan mereka sampai terlepas pada rakyat jelata yang mereka temui. 

       Terdapat pelbagai delema pemimpin parti politik Sabahan menjelang pilihan raya negeri yang harus diketahui seluruh rakyat dimana pemimpin politik tersimpang siur, pemimpin bahagian berjuang di parti B namun berbisik tidak yakin dengan perjuangan parti B akibat dipengaruhi parti A, C, D, E yang mahu mengalahkan parti B ujar rakyat Sabah.

       Dalam kes seumpama rakyat Sabah sudah ramai terkilan dengan pemimpin serupa tidak yakin dengan parti sendiri demi mengharap parti lain membuka ruang untuk mereka, selain dari itu semua presiden parti politik wajar turun padang bersama rakyat bagi mengambil tahu sebilangan pemimpin bahagian mereka yang dalam delema.

          Tindakan presiden pantas turun padang menemui rakyat jelata bagi mengembalikan sokongan rakyat keatas parti mereka yang bakal mendepani pilihan raya negeri, jika kes seumpama diabaikan oleh presiden dan timbalan presiden setiap parti dalam Sabah dan Malaysia amnya pasti rakyat pengundi akan beralih undi pada pilihan raya kelak.

         Rungutan ini didedahkan penduduk Sabah sebagai kekeciwaan mereka terhadap golongan pemimpin parti politik bahagian menyokong parti lawan, pemimpin bahagian parti B berani meluahkan tidak yakin dengan parti nya akibat parti A, C, D dan E lebih berpengaruh dimata rakyat  jelata.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan