Keningau. Perebutan kerusi Dun Liawan pada prn negeri hanya bersandar kepada reziki dan nasib setiap calon yang bertanding berdasarkan pandangan para warga pengundi setempat.
Para pemimpin parti politik setempat dilaporkan warga pengundi Dun Liawan semua berpengaruh dan memiliki pengikut tersendiri, namun langkah akhir mereka (yang terpilih calon) adakah sudah berbakti setiap warga kampung selepas prn ke 16 sampai masa kini pasti diminda pengundi.
Antara komen sebilangan pengundi Dun Liawan yang ditemui kru Media Terkini dalam jejak rakyat prn Sabah kali ke 17 dekat sini hari ini, ramai dilaporkan menawar diri mahu bertanding bagi kerusi Dun Liawan mewakili pelbagai jenama parti namun PGRS, BN, WARISAN, PKDM dan PN yang kerap jadi bualan rakyat.
Menurut pengundi Dun Liawan, semua pemimpin parti yang terlibat mahu menurunkan calon mempunyai penyokong tersendiri tidak termasuk parti parti kecil yang muncul tiba tiba, namun meraih kemenangan undi keseluruhan pengundi Dun tersebut bukan satu perkara muda memandangkan ramai orang kampung menonton segala percatoran mereka terhadap rakyat.
Apapun hanya orang kampung yang memastikan keupayaan calon mendampingi rakyat sepanjang 5 tahun setiap sekali pilihan raya negeri Sabah, keputusan hanya akan diketahui pada selepas pengundian 29 November 2025 siapakah memiliki kerusi Dun Liawan yang diidamkan setiap parti bertanding.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:
Catat Ulasan