Sabah. Semua pemimpin parti politik Sabah menanti pembubaran Dun Sabah bagi PRN ke 17 yang mulai panas bahangnya, teka teki mula diramal sepanjang Oktober ini sehingga parti politik mula menyusun langkah masing masing memilih jumlah ditandingi.
Beberapa pemerhati politik yang dihubungi meramalkan jika Dun Sabah dibubarkan dalam Oktober ini sekalipun ramai pemimpin parti politik Sabahan belum menjelajah menawan pengundi diluar bandar, keghairahan mereka bersuara menunggu Dun bubar hanya diperhatikan pengundi nun jauh terpencil diluar bandar selama beberapa tahun tidak pernah muncul melawat mereka seperti dah terlupa.
Kata mereka lagi, rakyat pengundi menilai pemimpin parti politik yang mengingati segenap lapisan pengundi sepanjang masa dengan mengunjungi mereka dua kali setahun, ini tidak ada yang selepas Dun bubar lima tahun sekali baru nampak merayu rayu minta diundi rakyat dikawasan yang mereka pilih untuk bertanding seolah olah rakyat tidak kenal mereka.
Tidak dinafikan ramai orang parti politik sentiasa menemui rakyat diluar bandar setiap tahun berulang beberapa kali malah ada yang kerap menghubungi warga emas mengikuti perkembangan kesihatan mereka, namun ada juga pemimpin parti politik yang lupa pada warga luar bandar hampir lima tahun termasuklah rakyat menghubungi mereka langsung tidak bersambut sehingga lah Dun dibubarkan komen warga yang ditemui.
Sebaik sahaja Dun Sabah Bubar Oktober ini setiap perkampungan luar bandar akan melihat muka muka baru yang meminta diundi walau lima tahun lalu tak pernah berkunjung datang, ini lah lumrah politik Sabah tak pernah iklas mengingati rakyat jelata sebenar melainkan masa Dun negeri dibubarkan baharu berlumba lumba menemui rakyat meminta undi diberi pada mereka.
Rakyat jelata perlu bijak memilih pemimpin parti politik yang sentiasa menyambut panggilan mereka dengan ramah dan sopan sepanjang lima tahun, berbanding orang parti politik yang hanya memilih orang dikayani apa tak lagi kenal bertahun tahun lama nya namun berpura pura tak kenal bila dihubungi sehingga Dun dibubarkan baru kenal.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:
Catat Ulasan