Ahad, 26 Oktober 2025

DAKWAAN POLITIK WANG LAPOR SPRM

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Sabah. Isu penggunaan politik wang yang 
dilaporkan golongan orang politik tempatan lebih bijak jika disalur kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia jika cukup bukti wujud permainan politik wang.

        Ini didedahkan oleh pengundi veteran negeri Sabah yang telah lama melihat isu isu politik wang dihebahkan setiap kali musim pilihan raya berjalan, sebaliknya tidak ramai orang politik terlibat tampil dengan menyerah bahan bukti lengkap kepada SPRM melainkan disiarkan dalam media  sosial.

     Pengundi veteran Sabah yakin SPRM lebih bijak mengesan politik wang jika benar benar berlaku dimerata tempat seluruh Sabah dalam setiap kali pilihan raya berjalan, namun jika dalam parti politik benar berlaku adalah wajar diserahkan kepada pihak SPRM secepat mumgkin agar siasatan dapat dijalankan dengan telus tanpa tergantung dimedia sosial ujar mereka.

     Pengundi veteran Sabah hairan setiap kali pilihan raya berjalan ada sahaja orang politik mendedahkan wujud politik wang bagi mempengaruhi penyokong mereka, sebaliknya ianya tersebar meluas didalam Media Sosial sahaja tanpa disalurkan kepada pihak berkuasa seperti SPRM yang mengendalikan pihak perasuah dan menerima amnya.

     Apapun segala usaha mengekang rasuah biarlan SPRM yang melakukan siasatan agar dapat dirungkai kebenaran nya setiap kali pilihan raya, sekadar suara orang parti politik di media sosial mendedahkan kewujudan nya belum boleh merungkai kebenaran nya tanpa siasatan SPRM tegas mereka.  










Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan