Sabah. Melangkah menjejaki golongan berda
Kebanyakan rakyat miskin luar bandar yang sentiasa diladang mereka pada sepanjang hari sering tercicir dengan kunjungan orang politik, ramai orang politik melawat dikampung sekalipun hanya berkumpul pada sesuatu tempat yang dihadiri orang yang sentiasa lapang masa berbanding pengusaha tani.
Tidak hairan lah ramai warga kampung yang miskin mengakui hanya orang politik yang meluangkan masa berkunjung kerumah mereka layak dipilih betapa mereka faham kehidupan orang miskin, ramai warga desa luar bandar mendedahkan juga kemiskinan orang Sabah sebenarnya masih tinggi jika dijejaki luar bandar namun tidak ada yang sanggup mendedahkan nya jelas mereka penuh kesal.
Ini adalah suara penduduk yang jarang sekali ditemui orang politik setiap kali menanti pilihan raya berjalan akibat kesibukan ditanah pertanian mereka, tidak hairan lah jika pertumbuhan parti politik baharu dengan para pemimpin muda langsung tidak memahami situasi serupa sekadar berjalan senyap dipekan dan bandar menemui rakyat.
Ada juga orang parti politik lebih menggunakan laman sosial persendirian mereka berbanding akbar akbar yang didaftarkan jenama rasmi khususnya bagi Sabah, tidak hairan lah ada orang politik tertentu sengaja tidak menjawab panggilan Akbar Akbar yang telah didaftarkan entah mengapa ianya boleh terjadi dalam zaman IT masa kini.
Apapun rakyat jelata harus memahami sebenar orang politik dalam 73 kerusi Dun Sabah yang mana sanggup datang kerumah orang miskin dengan bantuan iklas tanpa dipohon, jika semuanya sekadar datang dengan ungkapan manis air liur lebih baik dan patah balik semula kekawasan mewah dalam bandar agar tidak melihat orang susah dan miskin tegar.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


Tiada ulasan:
Catat Ulasan