Gaza. Dalam tekanan para pemimpin negara negara maju diseluruh dunia adakah Israel akan tunduk tekanan dan keluar dari bumi Gaza dalam masa terdekat ini?, selain dari itu adakah rejim zionis Israel berperikemanusiaan membebaskan kumpulan Global Sumud Fotillah yang belayar menghantar bantuan ke bumi Gaza tanpa melalui pengurusan mereka.
Ini lah perhitungan rakyat Palestin dibumi Gaza yang sentiasa menjadi sasaran serangan bunuh oleh rejim zionis Israel dengan alasan menghapuskan para pejuang Hamas dan AlQassam, saban hari alasan dilontarkan maka saban hari juga orang awam rakyat Palestin yang bergelimpangan terbunuh khususnya kanak kanak dan wanita amnya.
Belum pun sampai lautan dizon kuning pelbagai dron telah dihantar Israel bagi mengganggu kumpulan Global Sumud Fotillah yang menuju ke Gaza, sebaik sahaja memasuki lautan zon kuning sudah Israel tampilkan kapal mereka yang usaha menggagalkan misi menghantar bantuan kebumi Gaza.
Langkah Israel mendepani musuh mereka adalah memainkan pelbagai helah agar musuh mereka rasa takut dan berpatah balik demi nyawa golongan yang tidak berupaya, tidak hairan lah Amerika Syarikat sentiasa memberi bantuan Israel walaupun kadangkala menjadi kemarahan semua anggota Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu.
Harapan Penduduk Palestin agar kumpulan Perahu Global Sumud Futillah yang menghampiri bumi Gaza selamat semuanya sampai misi selesai, mereka (Palestin) juga sangat mendoakan agar setiap rombongan Global Sumud Fotillah akan dilindungi sampai balik kenegara negara mereka masing masing.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan