Selasa, 7 Oktober 2025

MAMPUKAH HAMAS ISRAEL BERDAMAI?

 Oleh. Huzera 

Ben dan Helary Sukiono 

Gaza. Harapan Hamas bagi mengekalkan perdamaian panjang dengan Israel menjadi harapan seluruh dunia dapat direalisasikan setiap negara perantara demi kemerdekaan Palestin. 

      Namun penduduk Palestin di Gaza masih berteka teki mengapa pasukan IDF Israel masih bertahan pengkalan mereka menguasai bumi  Gaza walaupun perbincangan dengan Hamas sedang berjalan, adakah Israel hanya berkata manis sahaja bagi tatapan dunia sedangkan Gaza masih lagi terus mereka jajah tanpa IDF nya ditarikh semula kembali kebumi Israel bagi memberi ruang Palestin mengurus Gaza lapor mereka.

        Benjamin Netanyahu Perdana Menteri Israel terus melaungkan akan meneruskan perang di Gaza sehingga mencapai kejayaan menyedarkan semua penduduk Palestin di Gaza, jika ini menjadi matlamat utama Benjamin Netanyahu Bangsa Bangsa Bersatu harus mengambil tindakan drastik bagi menghalang perbuatan tersebut bagi menyelamatkan bumi Gaza ujar warga Gaza.

         Misi gencatan senjata dan perdamaian dengan pejuang Hamas juga sukar diramal kejayaan nya sehingga kini berikutan kerap kali berubah kenyataan Benjamin Netanyahu Perdana Menteri Israel, malah ianya dilaporkan memiliki pelbagai muslihat tersembunyi yang perlu diperhalusi dan disiasat oleh pihak Bangsa Bangsa Bersatu agar para Pejuang Hamas tidak menjadi perangkap Israel.

       Apapun pelan damai dan gencatan senjata di Gaza perlu pemerhatian Bangsa Bangsa Bersatu berikutan sesekali masih lagi serangan dilakukan Israel dibumi Gaza masa kini, semua bantuan makanan dan perubatan serta pakaian yang dihantar badan NGO seluruh dunia ke bumi Gaza menerusi perairan antara bangsa juga terus dipintas dan ditahan Israel penuh kekejaman dan tidak berperikemanusiaan.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan