Khamis, 2 Oktober 2025

LANGKAH POLITIK SABAH PANAS

Oleh. Gifkir Aming dan Basron Kirwan

Sabah. Semakin hampir pilihan raya negeri  kian panas membara politik dikalangan pemimpin tempatan, mungkin pilihan raya negeri Sabah kali ini bakal berentap banyak pemimpin parti yang berhasrat meraih sokongan rakyat pengundi.

       Sebanyak 73 kerusi Dun Sabah dipertandingkan dalam PRN kali ke 17 tahun ini namun majoriti rakyat pengundi telah matang memilih pemimpin berwawasan dan bukan bermusim, saingan panas parti Semenanjung Malaysia yang dipimpin oleh warga anak watan Sabah ialah Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional yang mendepani parti tempatan Sabah.

      Sementara parti tempatan Sabah yang dilapor bersaing hebat adalah Gabungan Rakyat Sabah, Parti Warisan Sabah, Parti PKDM, Parti STAR, Parti SAPP serta beberapa lagi parti Sabahan yang lain, tindakan STAR dan SAPP bertanding menggunakan logo parti mereka dalam PRN sangat mengejutkan. 

      Apapun masaalah pemimpin politik mereka akan terus ditenung segenap rakyat pengundi diseluruh negeri Sabah tanpa pantas mengundi pada pilihan raya negeri, manakala parti politik yang dibawa dari Semananjung untuk diterajui kepimpinan semua anak watan Sabah juga akan berkerja keras bagi memberi penerangan meraih undi.

      Semua teka teki politik Sabah akan terjawab sebaik kerusi Dewan Undangan Negeri bubar dan masing masing parti politik akan mengumumkan calon mereka di setiap 73 kerusi dun, sehingga hari ini semua pemimpin parti politik Sabahan masih selondungkan calun parti mereka tanpa dikenali rakyat golongan berdaftar sebagai pengundi disetiap Dun yang diimpikan.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan