Jumaat, 3 Oktober 2025

BN PH MAMPUKAH MENDEPANI POLITIK SABAH?

Oleh. Koijul Hairol dan Basron Kirwan 

Borneo. Dalam percaturan politik Sabah yang dimainkan masa kini mampukah BN dan PH mendepani nya dengan politik Sabah untuk Sabahan?, ramai pemimpin parti Sabahan menggunakan propaganda seumpama bagi meraih sokongan segenap orang Sabahan agar memberi sokongan penuh terhadap mereka.

      Ada juga dilaporkan pemimpin parti Sabahan mengajak pengundi bersama sama menolak parti parti yang berpusat dari Semananjung Malaysia pada prn negeri tahun ini, tidak hairan lah jika parti parti tempatan Sabahan terlalu banyak merancang mahu menurunkan calon bertanding dalam prn Sabah pada 2025 ini bagi menguji parti mereka. 

      Perjalanan politik Sabah untuk Sabah yang dilaungkan oleh sebilangan pemimpin Sabahan sejak sekian lama setiap kali mereka berjumpa rakyat jelata, ini boleh menjadi satu bunos politik terhadap pemimpin parti politik Sabahan jika golongan pemimpin parti berpusat di Semananjung Malaysia tidak memberi huraian parti mereka.

       Peranan utama dalam parti adalah menyedarkan rakyat pengundi Sabah agar memahami konsep perjuangan memajukan negeri dan rakyat Sabah terlebih dahulu sejajar dengan apa yang dilakukan oleh Sarawak, banyak permohonan yang dilakukan Sarawak telah diluluskan oleh kerajaan pusat seperti Air Borneo, Menara TVS namun tidak ada jelas halangan atau kebencian mereka dengan parti parti Malaya sehingga hari ini ujar beberapa pemerhati politik yang ditemui.

      Apapun pergolakan politik Sabah menjelang prn akan datang segalanya terletak ditangan rakyat pengundi Sabah bagi memilih pemimpin mereka yang boleh memohon dan melaksanakan apa yang Sarawak lakukan, memajukan rakyat serta negeri Sabah perlu ada daya usaha dan hubungan baik dengan kerajaan pusat agar segala perancangan boleh dirangka serta dilaksanakan dengan lebih tersusun demi semua rakyat miskin tidak ada yang keciciran.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan