Isnin, 20 Oktober 2025

PILIHAN RAYA BANYAK BICARA MANIS

Oleh. Basron Kirwan dan Jusupi Anak Kurdi 

Sabah. Silih berganti pemimpin parti politik tempatan 

membicarakan kata kata manis buat rakyat jelata yang berdaftar pengundi  menyokong parti tempatan pada hari pengundian kelak. 

        Perjuangan mereka hanya menyingkirkan parti politik yang berpusat di Semananjung Malaysia walaupun semua pemimpin parti berkenaan adalah anak watan Sabah, anehnya sampai masa kini terlalu banyak parti Sabahan diluluskan namun masih berlawanan sesama sendiri tanpa boleh bermaufakat dalam satu perjuangan demi pilihan rakyat Sabah.

       Ini disuarakan oleh warga pengundi Sabah berhubung isu politik Sabah saling berlawanan sesama sendiri merebut 73 kerusi Dun yang dipertandingkan, bagi PN, PH dan BN tiga tunjang parti yang beroperasi seluruh negara tidak menjadi isu besar memandangkan semua pemimpin mereka yang diturunkan bertanding adalah Anak Sabah Sendiri ujarnya. 

       Menurut pengundi Sabah lagi, jika pada penamaan calon November ini calon terus melebihi dari sepuluh penjuru setiap dun pastinya orang politik berebut wakil rakyat dan kerajaan Sabah, namun rakyat pengundi masih terus sukar memilih yang mana calon dipangkah tanpa sebarang paksaan sejauh manakah upaya mereka membangun rakyat dalam kawasaan masing masing.

      Apapun orang pengundi veteran muda sahaja jawapam dan pilihan mereka pilih yang mempunyai hubungan akrab dengan parti berasal dari Malaya demi ekonomi dan pembangunan, memisah tembok hubungan dengan kerajaan pusat hanya merugikan rakyat Sabah  didalam jangkamasa panjang jika pengundi tidak bijak memangkah.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan