Rabu, 18 Jun 2025

RONA RONA POLITIKING MASAALAH RAKYAT TERBIAR

Oleh. Gifkir Aming

Kota Kinabalu. Keghairahan dikalangan para teraju pelbagai parti politik berkempen meraih sokongan pengundi, rakyat jelata terus merintih bagai hilang saluran hendak mengadu masaalah mereka jalan raya banyak terputus akibat banjir tidak menentu.

           Sebagai contoh jalan raya tanah rendah ditenggelami banjir lebih empat kaki manakala jalan raya tanah tinggi runtuh akibat hakisan hujan terlalu kuat, satu pun golongan pemimpin parti politik yang mempromosikan diri sebagai calon tidak langsung turun padang mendengar rintihan rakyat jelata.

         Ungkapan kata wrga pengguna jalan raya yang keciwa dengan sebilangan pemimpin parti politik  bersuara besar namun gagal mendampingi rakyat bila bermasaalah, ada juga pemimpin parti politik Sabah yang langsung tidak menjawab panggilan rakyat jelata yang dilanda musibah bencana alam setiap tahun. 


       Ada juga jalan raya runtuh hampir menimbus rumah penduduk warga asli Sabah namun orang politik amnya pemimpin kerajaan Sabah dilaporkan lambat bertindak, ini lah yang  menjadikan warga Sabah bersimpang siur berfikir siapakah pemimpin Sabah masa kini yang prihatin dan pantas bertindak melawat dalam isu seumpama.

        Sehingga berita ini ditulis warga yang ditimpa musibah bencana alam masih lagi terbiar tanpa lawatan pemimpin politik amnya pihak berkuasa kerajaan negeri, jika hujan lebat sekali lagi dalam masa terdekat pasti kebanyakan jalan raya setempat akan terputus malah membimbangkan jika rumah warga asli Sabah akan tertimbus tanah runtuh.





Nota. Dilaramg membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan