Jumaat, 13 Jun 2025

ISRAEL MENGGEMPUR IRAN

Oleh. Danny Rew dan Huzera Ben 

Tehran.  Adakah para pemimpin kuasa kuasa 

besar dunia hanya bersorak tanpa bertindak menyekat dan menghukum kekejaman zionis Israel pimpinan Benjamin Netanyahu yang memulakan serangan keatas Iran.

         Bayangkan serangan zionis Israel berkenaan telah membunuh pemimpin dan saintis Iran tanpa sebarang kesalahan wajar pembelaan para pemimpin kuasa besar dunia, ini penjelasan pemimpin Iran yang menyaksikan serangan berkenaan secara mengejut diawal pagi dengan kecanggihan bahan letupan yang diterbangkan Israel ujar mereka.

        Semua peralatan perang Zionis Israel dilaporkan moden hasil penghantaran bantuan Amerika Syarikat sekutu kuat Israel, tidak hairan lah jika Israel lebih mengganas sesuka hati menyerang negara negara Islam sebagai provokasi mereka bagi menghapuskan perjuangan negara terlibat.

       Setiap masa silih berganti sahaja serangan Israel berlaku seperti Gaza, Rafah, Lubnan, Yaman dan terbaru seperti Iran melibatkan nyawa orang awam terbunuh, sungguhpun kekejaman seumpama dilakukan Israel amat jelas semua pejuang Islam yang diburu mereka tidak ditemui sebaliknya korban adalah orang awam dan para pemimpin negara.

       Dalam situasi ini,  masih ada suara suara sumbang warga dalam negara negara membangun bagai menyokong keganasan zionis Israel keatas negara Islam, sebaliknya para pejuang Islam terus bertahan serta berjuang mempertahankan tanah air mereka walau serangan bom bertali arus oleh Israel.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan