Selasa, 3 Jun 2025

LAMPU ISYARAT PERLU DIPANTAU

Oleh. Gifkir Aming dan Jusupi Anak Kurdi 

Sabah. Semua lalu lintas dikawasan Lampu Isyarat diseluruh negeri ini perlu dipantau lebih kerap atau dipasang kamera CCTV.

        Ini bagi mengenal pasti golongan pemandu serta pejalan kaki yang sengaja melanggar laluan dilampu isyarat setiap hari, ianya perlu dilaksanakan pemantauan setiap hari mahupun diusahakan pemasangan kamera CCTV agar segala yang berlaku dapat dikesan dengan cepat. 

       Menurut orang ramai yang ditemui, selain pejalan kaki yang kerap melanggar lampu isyarat golongan pemandu juga turut terlibat sama, kes seumpama dilaporkan bukan perkara baru malah ianya sudah bertahun berlaku sekitar kawasan bandar dan pekan yang pesat membangun.

       Hanya pemasangan kamera CCTV serta pemantauan setiap hari pihak berkuasa sahaja mampu mengesan golongan pesalah disetiap lampu isyarat, kebanyakan kemalangan dilampu isyarat dilaporkan menyebabkan kematian dan kecederaan parah golongan yang terlibat jelas orang ramai.

       Semua pejalan kaki dan pemandu kenderaan disetiap lampu isyarat seluruh negeri perlu muhasabah diri dengan mematuhi warna lampu semasa melintas, sikap mengabaikan tanggongjawab dan melanggar lampu isyarat setiap kali melintas kawasan terlibat perlu ditinggalkan demi keselamatan jiwa semua warga berbilang bangsa dan agama.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan