Nusantara. Belum pun reda sepenuhnya perang Israel dan Iran bersama Rusia dan Ukrine muncul pula bicara bicara pecah belah politik dalam Asia.
Melihat tapak Nuklear Iran (gambar) yang dibedil Amerika Syarikat baru baru
Bagaimana Bumi Iran yang memiliki pusat Nuklear sendiri dapat ditembusi Amerika Syarikat dan Zionis Israel sepanjang 12 hari sahaja serangan musuh dengan keras dan bertubi tubi, kesan serangan hancur berlubang masih kelihatan dibumi Iran ini kan pula rakyat negara membangun dalam Malaysia, Indonesia amnya sekeliling tidak siapa yang mampu menduga apa jadi warga keliling jika berpecah belah.
Dalam konteks perpecahan politik Malaysia ada sahaja warga mendakwa wujud siber trofer yang mengapi apikan politik kebencian politik tidak munasabah, antara perpebelahan politik nasional dengan politik kenegerian masing masing tanpa melihat apa berlaku jika memanas perbelahan politik dan kuasa seperti perang Israel Iran dan Rusia Ukrine.
Jika bersaing politik macam mana sekali pun jangan timbulkan kebencian terhadap parti Malaya, apapun parti Malaya atau Sarawak yang memasuki Sabah merwka juga ada lah dipimpin anak jati Sabahan sendiri masa mini.
Tidak ada warga Malaya pun datang ke Sabah menjadi Presiden Parti mereka di Sabah melainkan semua parti dari Malaya diketuai oleh anak watan Sabah sendiri, ini diakui orang orang Sabah yang tidak taksub dimainkan politik perbezaan Sabahan dan Malaya yang tidak henti henti dari dahulu sampai masa kini kekal berterusan.
Berbilion ringgit diperuntukan kerajaan pusat kepada Sabah dan Sarawak setiap tahun namun jauh berbeza perlaksanaan kerajaan negeri masing masing sepanjang tahun, sama juga jalan raya Pan Borneo perancangan Datuk Seri Najib Tun Razak Mantan Perdana Menteri Malaysia kini Sarawak hampir disiapkan berbanding Sabah hingga kini masih jauh disiapkan.
Politik kebencian Malaya yang dimainkan dilaman laman sosial terlalu senang jika benar dan berasas mengapa tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk disiasat, segala politik kebencian hanya merugikan rakyat jelata Sabah sahaja dengan menguntungkan calon calon politik Sabahan yang menang dan terus juga bergabung dengan kerajaan pusat kelak.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan