Kuala Lumpur. Isu pembangunan luar bandar yang kerap terbiar sangat jauh berbeza dengan negeri negeri seluruh negara, ada yang kerap berkerjasama dengan pelbagai Media Penyiaran dan ada yang warga nya sekadar membisu jika banyak projek terbengkalai bagi kawasan mereka.
Dalam konteks kerjasama dengan Media Penyiaran warga perlu membuka minda mereka bagi berkerjasama jika wujud masaalah terbiar demi tatapan umum, sebagai contoh jalan raya yang tidak sempurna mahupun kegagalan mengagihkan bekalan tenaga letrik seharusnya menjadi pendorong warga bersama media.
Antara maklumat yang kerap terabai diluar bandar kawasan perkampungan adalah seperti jalan raya, bekalan air paip, bekalan tenaga letrik, perumahan penduduk kampung yang dhaif, namun semua ini bagai tersembunyi disebabkan sikap sebilangan warga yang enggan berkerja sama dengan pihak industri penyiaran amalan sebilangan warga bumi Malaya.
Langkah drastik bumi Kenyalang yang membina Menara TVS disamping beberapa Media Penyiaran tempatan yang lain menjadi kebanggaan penduduk Sarawak, walaupun kurang dikunjungi Media Luar bumi Kenyalang namun industri penyiaran tempatan cukup memberi perkhidmatan kepada penduduk Sarawak yang bermasaalah dalam arus pembangunan semasa.
Hanya kerjasama penduduk dengan industri penyiaran sahaja mampu mendedahkan segala kemunduran pembangunan dan ekonomi rakyat diluar bandar, namun jika tidak wujud kerjasama kedua belah pihak antara industri penyiaran dan warga penduduk seluruh negara terutama negeri yangkurang memiliki Media pasti merugikan mereka sendiri.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan