Khamis, 26 Jun 2025

POLITIK SABAH MENJADI TANDA TANYA

Oleh. Norsham Haji Tukirin

Borneo. Pemerhati politik veteran hairan mengapa ada pemimpin tempatan hanya berkerjasama pada PH manakala menolak pula dengan kerjasama pada BN.

       BN dan PH merupakan kerajaan yang menerajui kerajaan perpaduan madani yang memerintah Malaysia sampai masa kini namun ada pemimpin tempatan menolak BN, sementara PH pula parti tempatan Sabahan mahu berkerjasama walaupun kedua dua parti gabungan PH dan BN adalah parti Malaya tanpa siapa menduga apa sebenar agenda mereka. 

      Barisan Nasional dan Pakatan Harapan adalah sebuah parti kompenan yang berpusat di Semananjung Malaysia namun ada parti tempatan yang memilih gabungan hanya PH, manakala BN pula secara terang ditolak pemimpin Sabahan untuk berkerjasama walaupun peneraju kerajaan Malaysia tanpa memberitahu apa agenda yang tersirat. 

       Beberapa penduduk Sabah yang ditemui sekadar berbicara, biar pemimpin tertinggi parti bebas bercakap yang mana pun pilihan sekutunya, namun yang mengundi dalam pilihan raya adalah segenap rakyat jelata yang telah matang memilih pemimpin dan parti yang terbaik ungkap mereka. 

       Ada juga penduduk asli Sabah memberitahu Media Terkini bahawa sejarah perolehan rakyat Sabah terbesar adalah Projek Pan Borneo yang dicadang dan diluluskan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak mungkin orang orang awam Sabah lupa walaupun sampai hari ini Projek Pan Borneo belum siap siap namun ini lah legasi perjuangan BN yang sukar ditolak rakyat Sabah sampai hari ini andaikata pilihan raya bila bila masa tegas mereka.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan