Ahad, 1 Jun 2025

ISRAEL MENGGANAS RAKYAT GAZA AMBIL BANTUAN

Oleh. Danny Rew

Gaza. Pemimpin dunia kuasa besar perlu melihat kekejaman Israel membedil warga Gaza yang sedang menerima bantuan makanan dekat sini.

          Tanpa sebarang kelibat pejuang Hamas mahupun AlQassam tentera zionis Israel terus mengganas membedil barisan rakyat Gaza  sehingga ramai terbunuh dan cedera.

          Laungan gencatan senjata dilaporkan tidak lagi dipercayai oleh penduduk Gaza yang mereka sifatkan langkah komplot Israel dengan Amerika Syarikat.

          Menurut warga Gaza, apa lah makna gencatan senjata dilaungkan sedangkan setiap rakyat Gaza terus dibedil, ada kah ini tindakan Israel mahu menghapus rakyat dibumi Gaza, walau pun tidak ada seorangpun pejuang Hamas dan AlQassam bersama mereka.

           Malah penduduk Gaza mempersoalkan konon nya kecanggihan peralatan perang Israel hasil bantuan Amerika Syarikat, sedangkan langsung tidak mampu mengesan markas persembunyian Hamas dan AlQassam dibumi Gaza dan Rafah jelas mereka. 

         Kru Media Terkini antara bangsa dimaklumkan ada juga rakyat negara negara membangun menyokong perjuangan Israel menghancurkan pejuang  tempatan, malah ada yang sanggup memuji serangan Israel terhadap warga Gaza konon nya memburu pejuang  yang tidak muncul dekat mereka.

        Apapun pertubuhan Islam Sedunia dan pertubuhan bangsa bangsa bangsa bersatu perlu campur tangan mengambil tindakan terhadap Zionis  Israel, jika dibiarkan kepimpinan Israel bermaharajalela pastinya warga rakyat Gaza dan Rafah akan kehilangan keluarga dan harta benda ungkap mereka.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang

         
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan