Isnin, 9 Jun 2025

PRN SABAH RAKYAT PERLU BIJAK

Oleh. Basron Kirwan

Sabah. Rakyat berdaftar sebagai pemilih perlu bijak memilih pemimpin dan parti politik yang jujur dan prihatin setiap masa.

      Ramai pemimpin dan parti politik yang cuba mempertaruhkan pengaruh mereka menjadi calon dalam tujuh puluh tiga kerusi Dun Sabah, namun tidak jelas apa kah agenda perjuangan mereka untuk rakyat jelata atau sekadar mahu menang menjadi wakil rakyat tanpa kenal susah hidup rakyat tempatan.

      Ramai juga warga memperhambakan diri mewakili parti dan pemimpin meraih sokongan undi rakyat disetiap Dun negeri Sabah, namun kebanyakan dari mereka sekadar diperalat tanpa rasa prihatin dengan penduduk yang ditemui melainkan menaburkan kata kata manis mereka.

      Trend tinjauan Media Terkini Harian Malaysia menerusi 73 kawasan Dun Sabah sepanjang tahun suku pertama 2025 ini, ada juga individu terkait politik Sabahan kerap menabur cerita kosong terhadap rakyat pengundi tanpa disedari gerak geri terus dipantau. 

       Sehubungan dengan pendedahan ini rakyat Sabah perlu mematangkan diri meneliti pemimpin serta parti politik yang mahu bertanding dalam pilihan raya, jauhi mereka yang sekadar memperalatkan rakyat pengundi tanpa sebarang keiklasan bagi menghulur bantuan mengikut kemampuan mereka.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan