Khamis, 19 Jun 2025

PELIK URUSNIAGA SENTIASA DIKERUMUNI

Oleh. Williem Anak Lagau

Borneo. Amalan pelik sebilangan warga Sabah yang gemar melanggani setiap kumpulan lelaki dan wanita, yang duduk dilorong belakang kedai  dan bawah pokok hiasan lorong depan kedai laluan pejalan kaki.

       Kebanyakan warga Sabah yang melanggani kumpulan berkenaan berkerumun secara beramai ramai agar tidak dilihat semua orang yang melintasi kawasan berhampiran, selain dari itu sebilangan warga Sabah juga menjadi tanda tanya mengapa suka mendampingi urusniaga tersembunyi tanpa kesedaran bagi menjauhi perniagaan berkenaan.

       Menurut sumber peniaga kedai yang ditemui (enggan dikenali) banyak urusniaga yang dilakukan oleh golongan terlibat, antaranya nombor ekor gelap, teka nombor judi Wahui serta barang terlarang jenis dadah yang dibalut bulat bagai gula gula jelas mereka.

       Seperkara yang pelik adalah mengapa urusniaga yang ditegah oleh kerajaan sejak sekian lama namun masih dilanggani ramai warga penduduk Sabah, mungkin kah golongan melanggani urusniaga gelap ini sahaja sengaja melanggar undang undang yang ditetapkan pihak kerajaan keluh peniaga kedai. 

       Media Terkini Malaysia dimaklumkan, kedai nombor ekor berlesen di Sabah hanya beberapa orang sahaja yang melangganinya setiap hari, berbanding dengan urusniaga gelap dilorong depan dan belakang kedai permis perniagaan terlibat sentiasa dikerumuni warga Sabah jelas peniaga berlesen. 

        Apapun dalam membendung isu peniaga gelap ini rakyat Sabah sama sama membuka mata dan membantu kerajaan membasmi urusniaga terlibat, kerajaan Malaysia tidak mampu mencegahnya selagi sebilangan besar rakyat Sabah masih menjadi pelanggan perniagaan gelap berkenaan.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Akbar Media Terkini Kuala Lumpur. Editor

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan