Sabtu, 21 Mei 2022

SOP DITEMPAT AWAM TERABAI 

Oleh. Gifkir Aming 

Sebilangan warga mengabaikan pelitup mulut dan hidung ditempat orang ramai (awam) bagai menggalak penularan virus
 covid 19 sekitar negeri Sabah sejak awal Mei 2022.

Golongan terlibat bukan sahaja tidak membawa pelitup muka malah ada diantara mereka menggantung pelitup muka pada bahagian dagu masing masing. 

Kebanyakan warga tidak memakai pelitup muka adalah ditempat seperti, Bus Stop, Didalam Bus Mini berhawa dingin, Supermarket dan Pasar Sayor serta Pasar Ikan ujar orang ramai yang ditemui.

Sebilangan warga hanya mematuhi pemakaian pelitup muka apabila melihat pasukan yang berpakaian seragam melakukan rondaan, sebaik sahaja golongan berpakaian seragam hilang dari pandangan mereka semuanya masing masing membuka dari hidung dan mulut  langsung menggantung didagu atau disimpan dalam kocek baju masing masing.

Sehubungan dengan pendedahan ini, kerajaan Sabah perlu menggerak semula pasukan pemantau dari pasukan beruniform bagi mengelak penularan covid 19 dimasa akan datang, ini penting bagi memberi didikan warga yang degil dan ingkar berhubung pemakaian pelitup muka setiap hari.













Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita  dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan