Sabtu, 28 Mei 2022

KEMATIAN TERUS MENINGKAT 

Oleh. Huzera Ben 

Berlin. Rekod mempertahankan nyawa seluruh rakyat jelatanya dari menjadi korban virus covid 19 terus diungguli negara Macau, Sint Maarten, Curacao dan Kota Vatican. Sejak tahun 2020 kesemua empat negara berkenaan terus mempertahankan jiwa rakyatnya dimana sehingga hari ini semua masih mengekalkan sifar kematian serangan covid 19.

Hari ini rekod seluruh dunia terus berubah dengan angka kematian serangan virus covid 19 sejak tahun 2020 berjumlah 6,354,115 orang sampai hari ini, dalam konteks jangkitan juga terus melonjak dengan jumlah 530,731,536 orang dalam tempoh yang sama manakala jumlah dalam rawatan seluruh dunia hari ini berjumlah 28,821,874 orang. 

Amerika Syarikat terus mencatatkan kematian serangan virus covid 19 sejak tahun 2020 sehingga hari ini berjumlah 1,031,218 orang, disusuli negara Brazil berjumlah 666,365 orang dalam tempoh yang sama, manakala negara India  pada tempoh masa yang sama mencatatkan kematian berjumlah 524,539 orang. 

Turut mencatatkan kematian serangan virus covid 19 yang tertinggi sejak tahun 2020 sehingga kehari ini ialah Rusia dengan jumlah 376,784 orang, negara Mexico dalam tempoh yang sama berjumlah 324,768 orang manakala negara Peru juga dalam tempoh yang sama berjumlah 213,145 orang. 

Bagi negara United Kingdom mencatatkan korban virus covid 19 sejak tabun 2020 sehingga hari ini berjumlah 178,313 orang, negara Itali juga pada masa yang sama mencatatkan kematian berjumlah 166,476 orang, negara Sepanyol turut mencatatkan kematian berjumlah 159,605 orang dan negara Indonesia terus mencatatkan kematian serangan covid 19 berjumlah 156,565 orang.

Dalam pelbagai kaedah pemberian vaksin seluruh dunia virus covid 19 terus membunuh mangsa seperti negara Perancis sejak tahun 2020 sehingga hari ini mencatatkan kematian berjumlah 149,129 orang, negara Iran dalam tempoh yang sama merekodkan kematian berjumlah 141,302 orang, negara Colombia turut mencatatkan korban virus covid 19 berjumlah 139,854 orang juga pada masa yang sama.

Negara Jerman sekali lagi merekod kematian serangan covid 19 sejak tahun 2020 sehingga hari ini berjumlah 139,132 orang, negara Argentina  dalam tempoh yang sama mencatatkan kematian berjumlah 128,825 orang, negara Poland juga dalam tempoh yang sama merekodkan kematian berjumlah 116,305 orang, negara Ukraine mencatatkan korban berjumlah 108,538 orang juga tempoh yang sama dan negara Afrika Selatan dalam masa yang sama merekodkan kematian berjumlah 101,128 orang. 

Apapun dalam langkah berterusan pengamal perubatan dunia mengingatkan tidak susah mencegah dengan penjarakan diri 1 hingga 2 meter tiap seorang dikhalayak ramai, selain dari itu seluruh warga dunia wajar mengekalkan SOP pemakaian pelitup muka bagi menutup hidung dan mulut setiap kali berada ditempat orang ramai demi keselamatan bersama. JANGAN GANTUNG PELITUP MULUT DAN HIDUNG DIDAGU ATAU IKAT DIPERGELANGAN TANGAN ANDA MASA DIKHALAYAK ORANG RAMAI. 












Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak amnya memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan