Jumaat, 13 Mei 2022

CABARAN DUNIA SUKAR HADAPI COVID 19 

Oleh. Huzera Ben

Brazil. Dalam kemelut dunia mendepani covid 19 empat negara masih mengekalkan rekod tidak ada kematian serangan virus tersebut sejak tahun 2020 sehingga lah kehari ini, ia nya adalah Macau, Sint Maarten, Curaco dan Kota Vatican dimana tidak ada seorang pun meninggal dunia dengan serangan virus covid 19 sehingga ke hari ini.

Rekod dunia hari ini mencatatkan kematian serangan covid 19 sejak tahun 2020 berjumlah 6,331,052 orang, manakala jangkitan dalam masa yang sama berjumlah 523,420,031 orang sementara rawatan yang kekal masa kini didalam hospital berjumlah 45,117,412 orang.

Amerika Syarikat terus mencatatkan kematian tertinggi serangan virus covid 19 sejak tahun 2020 sehingga hari ini berjumlah 1,026,109 orang, disusuli negara Brazil berjumlah 664,700 orang manakala negara India berjumlah 524,190 dan negara Rusia berjumlah 377,464 orang.

Dalam tempoh yang sama negara Mexico mencatatkan kematian serangan virus covid 19 berjumlah 324,465 orang, disusuli negara Peru berjumlah 213,000 orang, negara United Kingdom berjumlah 176,708 orang dan negara Itali berjumlah 164,976 orang. 

Kerancakan dunia membahagi bahagikan vaksin terhadap setiap rakyatnya tidak memusnahkan virus covid 19 dengan muda, sebaliknya virus tersebut terus membunuh dinegara negara maju seperti negara Sepanyol sejak tahun 2020 sehingga hari ini jumlah kematian berjumlah 159,605 orang, negara Indonesia berjumlah 156,448 orang dan negara Perancis berjumlah 147,159 orang. 

Turut mencatatkan kematian tertinggi serangan virus covid 19 sejak tahun 2020 sehingga hari ini ialah negara Iran berjumlah 141,201 orang, negara Colombia berjumlah 139,821 orang, negara Jerman berjumlah 137,628 orang, negara Argentina berjumlah 128,729 orang.

Bagi negara Poland sejak tahun 2020 sehingga hari ini mencatatkan kematian tinggi berjumlah 116,186 orang, negara Ukraine berjumlah 108,449 orang serta negara Afrika Selatan 100,630 orang. 

Bagi negara Brunei sejak tahun 2020 hanya mencatatkan kematian serangan virus covid 19 berjumlah 219 orang sehingga kehari ini dimana mampu mengawal pantas serangan virus covid 19.

Hanya dunia memerlukan penjagaan SOP disamping penjarakan diri diantara satu sama lain setiap masa serta memakai pelitup muka bagi menutup hidung dan mulut semasa berada diluar rumah amnya ditempat awam.












Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak serta memuat turun berita, mahupun memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang  


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan