Sabtu, 21 Mei 2022

KEMATIAN TERUS BERLAKU 

Oleh. Huzera Ben 

Dalam dunia mendepani pelbagai virus covid 19 empat negara dalam dunia terus mempertahankan rekod tidak ada kematian dengan serangan penyakit tersebut sejak tahun 2020 sehingga kehari ini, ianya melibatkan negara Macau, Sint Maarten, Kota Vatican dan Curacao dimana pernah diserang covid 19  namun tidak ada kematian yang dilaporkan oleh pihak berkuasa setempat sehingga masa kini dengan keupayaan mereka memantau dan merawat jiwa raga rakyat mereka. 

Dunia merekodkan kematian serangan virus covid 19 sejak tahun 2020 sehingga masa kini berjumlah 6,342,862 orang, manakala jangkitan dilaporkan dalam tempoh yang sama berjumlah 527,182,061 orang dan rekod dalam rawatan hospital dunia masa kini berjumlah 29,194,447 orang.

Amerika Syarikat terus mendahului kematian tertinggi serangan virus covid 19 sejak tahun 2020 sampai hari ini berjumlah 1,028,337 orang, disusuli negara Brazil berjumlah 665,491 orang dalam tempoh yang sama, manakala negara India berjumlah 524,323 orang pada tempoh masa yang sama.

Dinegara Rusia terus mencatatkan kematian serangan virus covid 19 sejak tahun 2020 sehingga hari ini berjumlah 378,168 orang, negara Mexico juga mencatatkan kematian serangan virus covid 19 dalam tempoh yang sama berjumlah 324,617 orang, sementara itu negara Peru juga merekodkan kematian serangan virus covid 19 dalam tahun 2020 sampai hari ini berjumlah 213,077 orang.

Bagi negara United Kingdom sejak tahun 2020 sehingga hari ini virus covid 19 telah membunuh berjumlah 177,890 orang, ia disusuli negara Itali dalam tempoh yang sama covid 19 membunuh 165,738 orang, negara Sepanyol merekodkan kematian serangan covid 19 berjumlah 159,605 orang dalam tempoh yang sama.

Negara Indonesia sejak tahun 2020 sehingga hari ini mencatatkan kematian serangan virus covid 19 berjumlah 156,510 orang, disusuli negara Perancis mencatatkan kematian serangan virus covid 19 berjumlah 147,715 orang juga dalam tempoh yang sama, manakala negara Iran mencatatkan kematian serangan virus covid 19 berjumlah 141,253 orang dalam tempoh yang sama.

Turut mencatatkan kematian serangan virus covid 19 sejak tahun 2020 sampai hari ini ialah negara Colombia berjumlah 139,833 orang, negara Jerman juga mencatatkan kematian serangan covid 19 berjumlah 138,488 orang juga dalam tempoh yang sama, negara Argentina turut merekodkan kematian serangan virus covid 19 berjumlah 128,776 orang dalam tempoh yang sama.

Negara Poland turut mencatatkan kematian serangan virus covid 19 sejak tahun 2020 sehingga hari ini berjumlah 116,255 orang, dituruti negara Ukraine dalam tempoh yang sama berjumlah 108,497 orang dan negara Afrika Selatan mencatatkan kematian serangan covid 19 berjumlah 100,898 orang pada tempoh yang sama.

Semua orang perlu bersiap siaga dengan pematuhan SOP serta Pemakaian Pelitup Muka bagi menutup mulut dan hidung setiap kali berada ditempat awam, malah setiap kawasan tumpuan orang ramai perlu penjarakan diri bagi mengelak penularan pelbagai virus covid 19 jelas aktivis masyarakat dinegara negara maju.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak dan memuat turun berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Penyiaran Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan