Jumaat, 13 Mei 2022

RAMAI TERTIPU MASA KINI 

Oleh. Jasly Dollah

Skim penipuan sentiasa berlaku tanpa disedari masyarakat sejagat masa kini terutama golongan generasi muda mudi sehingga angka puluhan dan ratusan ribu ringgit, kebanyakan mangsa tertipu dengan iklan individu dalam FB disamping panggilan telipon dengan penyamaran nama dan jawatan bagi mengaburi mata dan telinga golongan mangsa yang disasarkan oleh setiap penipu didalam talian. 

Mangsa terbaharu tertipu dengan panggilan telipon dari Langkawi adalah melibatkan wang tunai RM121,000 oleh Macau Scam penduduk Sarawak dan kini masih dalam siasatan Polis Sarawak menurut Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri Pesuruhjaya Polis Sarawak baru baru ini. 

Mangsa sentiasa ketakutan dengan helah pemanggil yang bertukar ganti dalam satu masa namun tidak disedari semua pihak yang disasarkan sehingga wang mereka lesap sebaik diugut dengan pelbagai alasan yang sangat menakutkan mangsa tanpa berhubung dengan pejabat jabatan kerajaan yang terlibat atau mana mana balai polis berhampiran. 

Sehubungan dengan pendedahan ini semua lapisan masyarakat perlu meneliti semua konsep penipuan dengan matang tanpa sebarang rasa gelabah atau takut bagi membentuk kekuatan mendepani  segala kemungkinan yang dilakukan golongan tidak bertanggongjawab. 














Nota dilarang membuat ulasan berita, mencetak atau memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 



























Tiada ulasan:

Catat Ulasan