Khamis, 12 Mei 2022

RAMAI TERTIPU IKLAN FB INDIVIDU 

Oleh. Williem Anak Lagau

Sejak kebelakangan ini terlalu ramai golongan tertipu bukan sahaja puluhan ribu ringgit malah ratusan ribu ringgit pun ada akibat IKLAN FB INDIVIDU dengan pelbagai tawaran menarik tanpa ada rasa kesedaran masyarakat seluruh negara malah masih lagi terus melanggani nya tanpa serik.

Antara mangsa terbaru iklan FB individu melibatkan seorang wanita 20 an di Sibu diperdaya membeli kereta dalam FB individu sehingga kerugian lebih kurang RM4,000 menyebabkan tersedar dan baru membuat laporan Polis tanpa meneliti sebaik mungkin sebelum memberi duit didalam akaun golongan tidak dikenali.

Pelbagai iklan didalam akbar berlesen dengan penuh lengkap serta tapisan penuh sebelum disiarkan,  namun ianya kurang menarik bagi pembaca masa kini berikutan tidak ada sebarang kata daya tarikan yang ditokok tambah kan demi mengelak sebarang unsur penipuan,  ini menyebabkan masyarakat masa kini memilih iklan individu dalam FB dengan kata kata menarik setinggi bulan dan bintang sehingga wang lesap dalam sekelip mata. 

Dalam konteks seumpama, semua lapisan masyarakat perlu bijak memilih syarikat pengiklanan didalam akbar yang dilesenkan agar tidak menjadi mangsa dengan iklan individu tidak wujud, perkara ini bukan baharu malah sudah bertahun tahun lama nya namun masih ada lagi masyarakat menjadi pelanggan mereka walaupun sudah berulangkali dinasihatkan pihak berkuasa agar sentiasa berwaspada namun iklan FB individu juga terus dipilih. 













Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak atau memuat turun berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan