Jumaat, 13 Mei 2022

CERITA TAMU MINGGUAN 

Oleh. Gason Dumiri

Sabah. Kisah TAMU TRADISI MINGGUAN dipelusuk negeri ini pada dahulunya mempunyai adat pembentukan nya dikalangan pakar BOBOLIAN bagi memelihara keselamatan, kemakmuran dan kestabilan ekonomi 


 sepanjang berniaga di Tamu Tradisi Mingguan berkenaan.

Majoriti Tamu Tradisi Mingguan dahulu tidak disertai Peniaga Luar Negeri bagi mempertahankan adat budaya masa pembukaan Tamu Mingguan Tradisi agar terus bermanafaat kepada orang orang asli negeri Sabah.

Sejak kebelakangan ini dilaporkan Tamu Mingguan Tradisi sudah jauh berubah berikutan sudah ramai orang luar negeri menjadi peserta berniaga dimana mana tapak tamu mingguan tradisi malah ada juga laporan orang asli Sabah warga asing pun mampu memasuki tapak tamu tradisi dengan mendapat ruang dari orang tertentu yang menjamin mereka.

Mampukah Tamu Mingguan Tradisi kembali dilandasan asal untuk orang asli Sabahan sahaja? terserah dibahu orang asli Sabahan bagi menentukan hala tuju Tamu Tradisi mereka, ianya bergantung kepada maufakat sebenar orang asli Sabahan tanpa pengaruh politik dan campur tangan orang tertentu bagi mempertahankan adat resam mereka.














Nota. Dilarang membuat ulasan berita, mencetak dan memuat turun berita serta memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan