Khamis, 12 Mei 2022

KEMATIAN TERUS MENINGAT 

Oleh. Huzera 

Brazil. Dalam dunia bergelut mendepani serangan virus covid 19 empat negara masih mempertahankan keselamatan nyawa rakyatnya sehingga hari ini, negara negara terlibat ialah Macau, Curacao, Sint Maarten dan Kota Vatican yang belum merekodkan sebarang kematian rakyatnya sepanjang serangan covid 19 sejak tahun 2020 sampai hari ini.

Dunia terus merekodkan kematian serangan covid 19 sejak 2020 sehingga hari ini berjumlah 6,327,054 orang, manakala jumlah rekod jangkitan berjumlah 522,225,742 orang sementara rekod masa kini yang masih dalam rawatan berjumlah 45,048,281 orang.

Amerika Syarikat terus berada ditahap tertinggi merekodkan kematian serangan virus covid 19 sejak tahun 2020 berjumlah 1,025,104 orang sehingga hari ini, disusuli negara Brazil berjumlah 664,443 orang dalam tempoh yang sama manakala negara India berjumlah 524,157 orang juga dalam tempoh masa yang sama.

Bagi negara Rusia kematian serangan covid 19 sejak tahun 2020 sehingga ke hari ini berjumlah 377,248 orang, negara Mexico berjumlah 324,465 orang, negara Peru berjumlah 212,968 orang, negara United Kingdom berjumlah 176,424 orang dan negara Itali berjumlah 164,731 orang.

Turut mencatatkan kematian tertinggi serangan virus covid 19 negara maju sejak tahun 2020 sehingga masa kini ialah negara Sepanyol berjumlah 159,605 orang, negara Indonesia berjumlah 156,424 orang, negara Perancis berjumlah 146,979 orang, negara Iran berjumlah 141,198 orang.

Dalam dunia masih mendepani pelbagai virus covid 19 sejak tahun 2020 sehingga masa kini negara Colombia merekodkan kematian berjumlah 139,809 orang sepanjang tempoh 2020 sampai hari ini, negara Jerman berjumlah 137,416 orang juga dalam tempoh yang sama, negara Argentina berjumlah 128,729 orang, negara Poland 116,164 orang, negara Ukraine berjumlah 108,449 orang, negara Afrika Selatan berjumlah 100,559 orang.

Beringat amalkan penjarakan diri diantara satu sama lain setiap masa ditempat awam serta kekalkan penutup hidung dan mulut juga jika berada ditempat orang ramai.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan mencetak atau memuat turun berita serta memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Kuala Lumpur. Pengarang 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan